Thursday, July 15, 2010

FAHMI@ZURA

















































Monday, April 5, 2010

::" SiMBoLik"::



Dalam perbicaraan tentang simbolik ianya mempunyai banyak maksud yang boleh dinilai oleh individu samada melalui seni rupa, seni reka dan lain-lain. Simbolik yang digunakan biasanya dapat difahami secara mendalam oleh orang yang membuat perkara tersebut. Seperti gambar, mungkin sesetengah orang tertanya-tanya apa yang simbolik tentang gambar yang diperkatakan simbolik??

Oleh itu jangan persoalkannya kerana munkin melalui pengalaman sebelum ini membawa dirinya kepada kenangan kembali atau perkara lain.

Penerimaan seseorang tidak semestinya mempunyai persamaan diantara orang lain. oleh yang demikian fikirkan benda yang tersirat dan juga tersurat kerana melalui pemikiran seperti itu munkin membolehkan kita memperolehi apa yang dikatakan simbolik itu.

Simbolik atau lebih untuk difahami adalah sesuatu perkara yang mempunyai maksud tertentu samada difahami oleh orang lain atau hanya kepada diri sendiri.

Mudah untuk diperkatakan disini seperti teater Absurt banyak menggunakan simbolik atau simbol untuk menyampaikan sesuatu maksud. Sama juga seperti filem seperti Filem Wayang arahan Prof Hatta Azad Khan, boleh diperkatakan setiap dialog dan latar belakan yang digunaka mempunyai simbolik yang tertentu. Samada orang menonton itu faham atau tidak faham tantang penyampaian filem tersebut.

Sudah menjadi kebiasaan, sesuatu persembahan yang menggunakan simbolik agak memeningkan namun sebenarnya jika dilihat melaui dalaman maksud yang disampaikan ianya lebih baik.

Gambar diatas adalah pengepit baju, fikirkan bagaimana reka bentuknya? warna? corak? kegunaan? Ini adalah merupakan satu objek yang dipanggil budaya material.



Gambar tersebut merupakan satu perhiasan yang mempunyai corak tulisan Al-Quran.



Bagaimana peta dibumi boleh dilukis?



Anda nampak sesuatu dibawah daun??
Bagaimana ia mencari makanan walaupun kecil dan tidak mempunyai tulang 4 kerat??



Jika disebut tentang wang semua buka mata. Tapi pernahkah kita fikir secara mendalam dari mana sumber itu datang??



Dulu pernah kita ketahui kucing makan ikan, burung dll...
tapi masihkah kucing makan burung?


Mungkin gambar-gambar diatas tidak difahami oleh semuo orang, tetapi kepada orang orang-orang yang memahaminya fikir-fikirkanlah....

Thursday, April 1, 2010

Wednesday, March 31, 2010

::"BANGUN DAN TERUS MEMBANGUN"::

Malaysia kini membangun dan terus membangun mencapai cita-cita wawasan 2020. Dengan pembangunan ini telah banyak mencipta nama ke persada dunia. Tiada lagi perperangan,permusuhan namun masih ada jiwa manusia yang tidak lagi mencapai kematangan dan itu diantara individu itu sendiri dan diri sendiri. Jangan biarkan hak kita menjadi hak milik orang lain.

Dengan hasil pembangunan, telah banyak memberi kemudahan kepada sesama kita seperti pengangkutan, jalan raya , pembangunan dan banyak lagi. Jadi guna pemikiran yang kreatif itu kearah yang lebih kreatif.

Jangan biarkan diri dibelengu dengan kata yang dusta,berkata hanya semata, berbicara tanpa nyata,berjoli beribu masa, mengkhianati sesama kita namun ingalah akan yang nyata..


Bangunlah..... cari yang nyata....



My Blog List

Text

KATA-KATA

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.

KATA-KATA

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '

(ar-Ruum:21)