Pada 29 Mac 2010, aku ke Sekolah Randah Teluk Pulai Klang sebagai fasilitator untuk "Program Kecemerlangan Pelajar UPSR. Pelajar-pelajar sekolah itu terdiri daripada semua bangsa yang berlainan dan sesuailah dengan konsep 1malaysia. Aku suka melihat gelagat mereka walaupun berbangsa lain-lain namun mereka bergurau senda, makan bersama, seperti adik beradik.
Aku teringat kembali kenangan semasa aku di sekolah, adakah aku seperti mereka?? Mungkin lebih teruk daripada itu??
Ala biasala tu, semasa kecil semua orang nakal sebab kita tak pandai lagi memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk..
Di sekolah dulu aku seorang yang senyap tapi aku bergaul dengan semua orang.. haha macam-macam lagi aku teringat kembali waktu aku di sekolah dulu bila kau berada di sekolah Teluk Pulai itu..
Satu lagi aku nak bagi tahu, aku masih ingat kata-kata yang dipaparkan didinding sekolah aku dulu yang membuatkan aku semangat belajar kerana ingin mengubah nasib...
" BUKAN SENANG NAK JADI SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH"
Jadi dari kata-kata itu, aku belajar betul-betul kerana aku tak nak jadi susah kerana untuk jadi senang kena bersusah dulu dan nak jadi susah tak perlu berbuat apa-apa pun.
lupakan kisah aku itu, kita pergi kepadada Program Kecemerlangan Pelajar UPSR Teluk Pulai pula. Pada permulaan program itu pelbagai aktiviti diaturkan untuk memberi semangat kepada para pelajar iaitu sesi ceramah mengenai semangat, bagaimana untuk membuat nota yang menarik dan bagaimana ingin jadi pelajar yang berjaya oleh Kaunselor dari UiTM iaitu Pn Dayang.
Selepas sesi ceramah, program diteruskan dengan aktiviti di dalam kelas iaitu LDK. Semua pelajar berada di dalam kelas masing-masing dengan fasilitator yang telah dibahagikan. Para fasilitator mengadakan pelbagai aktiviti untuk mereka bekerja dalam kumpulan dan mereka memahami konsep untuk bekerja dalam kumpulan. diantara aktiviti yang dirancang iaitu pertandingan syarahan yang bertajuk yang manakah lebih kuat diantara Batman dan Superman. Semua jawapan meraka bagus kerana jawapan yang diberikan logik seperti contoh ada mengatakan badman superman lebih kuat sebab boleh angkat barang berat. Ada mengatakan Superman tidak sopan kerana memakai spender kat luar. Jadi dari aktiviti itu kita boleh lihat bagaimana mereka berbincang dalam kumpulan dan bagaimana mereka berfikir.
Diharap daripada aktivi yang diadakan itu dapat memberi semangat dan perubahan dalam diri semua pelajar..
GOOD LUCK..........

2 comments:
wahh.. bile nie?? comel gak
29 hari bulan....
ni untuk projek PR
Post a Comment