Monday, March 15, 2010

PENGENALAN


Fotografer merupakan satu tugas yang unik dimana mereka merakam sesebuah kejadian yang berlaku dan mungkin tidak akan berlaku lagi. Fotografer juga mungkin boleh diberi paggilan seorang perakam sejarah. Oleh yang demikian terdetik oleh dua jiwa remaja yang mempunyai minat yang sama dan dari situ timbulnya idea untuk menjadi seorang perakam sejarah atau Fotografer. Dari pengetahuan asas yang ada pada kedua-dua jiwa ini mulalah ia menjadi satu perkara yang serius dan mula memberanikan diri untuk mengenalkan diri kepada orang ramai tentang tugas ini. Kini fotografi menjadi satu sumber inspirasi dan ingin terus memperkembangkannya ke persada dunia. Kini dengan nama firtrahphotoarts kami menjalankan tugas sebagai fotografer.


firtrahphotoarts menyediakan khidmat pengambilan gambar pelbagai jenis majlis seperti hari perkahwinan, (out door & in door) pertunangan, merisik, menyambut hari lahir, majlis kesyukuran dan banyak lagi. Diantara tempat yang kami jalankan adalah disekitar Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kelantan.


Kami ada menyediakan pakej perkhidmatan fotografi. Jika anda berminat sila klik ke pekej fotografi di bahagian hadapan blog ini.



0 comments:

My Blog List

Text

KATA-KATA

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.

KATA-KATA

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '

(ar-Ruum:21)